Pengunjung Budiman

Sunday, 6 March 2011

Sekitar persiapan pameran English Language Conference kali ke-4

Tanjung Malim, 6 Mac 2011 - Kerancakan persiapan bagi pameran untuk English Language Conference kini semakin rancak. Pelajar TESL kini kebanyakannya sedang giat melakukan persiapan meja pameran masing-masing. Kebanyakan papan info telah diisi dengan maklumat tokoh penulis yang dipilih masing-masing. Kreativiti para pelajar digunakan untuk menghias meja pameran masing-masing.

Antara tokoh yang dipilih adalah seperti Jane Austen, Virginia Woolf, Robert Frost, A Samad Said, dan yang paling dikenali ialah William Shakespeare. Pemilihan tokoh ditetapkan menerusi pilihan sendiri namun diselia oleh pensyarah masing-masing.

Kebanyakan kumpulan dilihat melakukan persediaan secara serius bagi memastikan segala perancangan sewaktu pameran berjalan tanpa sebarang masalah.

Menurut Pn. Ainon, pensyarah dan koordinator subjek Introduction to English Literature, para peserta akan diberi markah dan dinilai sewaktu pameran seterusnya akan dikira sebagai markah kerja kursus bagi subjek Introduction to English Literature. Kreativiti dan pemahaman sesebuah kumpulan terhadap tokoh yang dipilih akan menentukan markah yang akan diberi.

English Language Conference kali ke-4 akan berlangsung esok, 7 Mac 2011 bertempat di bangunan E-learning aras 5. Persidangan ini bakal berlangsung selama 2 hari.






No comments:

Post a Comment