Pengunjung Budiman

Monday 26 September 2011

Permulaan Segar (Dimensi Sanubari Reborn)

Pada awal tahun blog ini ditubuhkan, penulis telah dilontari pelbagai cemuhan, kutukan dan kritikan yang hadir umpama peluru di lapangan mogadishu. Hal ini diakui penulis berlaku kerana pada awalnya penulis mahu mentadbir blog ini dengan gaya Laissez Faire yang dirasakan mampu untuk memberi peluang kepada sidang penulis sekalian untuk mencambahkan idea tanpa perlu risau identiti diri diketahui. Namun, sayang sekali ada dalam kalangan sidang penulis yang cuba menjatuhkan individu tertentu melalui blog ini.
 
Pada awalnya penulis sudah kecewa dan mahu menamatkan aturcara blog ini. Namun,setelah berbincang yakni beberapa purnama penulis membuat keputusan untuk menghidupkan semula blog ini. Sidang penulis akan lebih berwaspada dan lebih autokratik dalam permulaan nafas baru blog Dimensi Sanubari. Kami ingin memohon maaf kepada pihak-pihak yang pernah tersinggung dan terguris hati sepanjang pengaturcaraan blog ini. Bagi pengikut yang baru, sila hayati blog yang telah mendapat 2000 lebih pembaca dalam masa 2 minggu dan mendapat perhatian pembaca dari dalam dan luar negara. Penulis bukan mahu menunjuk-nunjuk atau bermegah diri. Baca dan tafsir dengan logik intriksik moga anda faham yang mana baik dan yang mana buruk. Terima Kasih.

                                                                                Sidang Penulis Dimensi Sanubari




Wednesday 9 March 2011

A Glimpse at the 4th English Language Conference of UPSI - Day 2 (Final)

Sorry guys for the late update. Ok, so on the second day of the conference, lots of our course mates were late in  getting their booths ready for exhibition. This was because, most of us had already fulfilled our tasks- to get enough people to fill in the evaluation forms for us. However, there were still some of us who went there early to get the booths ready.

The earliest person who came to visit our booths was Dr Hajah Azizah Atan, Senior Lecturer, The English Language and English Literature Department. She visited most of the booths and even asked to take pictures with us. To our surprise, a good friend of her, Miss Hasimah Jaafar who is also a Lecturer from the same department came to visit us too. She helped us to take some of the pictures. Thanks Miss Hasimah and Dr Azizah.

Then, an announcement came saying that all the students had to attend a lecture by Professor Rod Ellis at the Auditorium. Professor Rod Ellis gave a lecture on Educational Settings and the Acquisition of English as a Second Language. The lecture started from 9.00am  to 12.00pm.

After the lecture, we went back to the E-learning building to pack all our stuffs because we were told to clean up everything. Our exhibition had come to an end at 12.00pm. Some of us attended the closing ceremony. The closing ceremony was a simple one where our Dean, Associate Professor Dr Haji Azmi gave the closing speech and thanking all the people who had made the conference a success before declared the conference closed.

Another announcement was made where all semester 2 TESL students were asked to attend another lecture by Professor Rod Ellis on Focus on Form: A Discourse Perspective at the Auditorium from 9.00am to 12.00am on 9th of March 2011.


These are some of the pictures took on the second day of the conference:






















Yours truly,

Monday 7 March 2011

Laporan dari Room 1, E-Learning 16

Tanjung Malim, 8 Mac 2011- English Language Conference berlangsung untuk hari kedua. Beberapa pembentangan telah dibuat oleh para pembentang yang terdiri daripada pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris serta para panel yang dijemput.

Bertempat di Room 1, Bilik E-Learning 16, dua pembentangan telah dilakukan dengan pembentangan pertama telah dipersembahkan oleh Pn Farrah menerusi tajuk "Kajian Pembinaan E-portfolio menggunakan laman web dalam kalangan pelajar subjek CALL di UPSI"

Objektif kajian serta methodologi kajian diterangkan dengan membabitkan penyertaan 129 pelajar TESL yang mengambil subjek CALL. Menurut Pn. Farrah, kajian yang dilakukannya adalah berbeza berbanding semester sebelum ini kerana membabitkan pelajar yang sangat ramai berbanding semester sebelum ini. Kajian ini bertujuan untuk memastikan bahawa para pelajar mempunyai pengetahuan bagi menghasilkan e-portfolio sendiri.

Sesi kedua kemudian berlangsung dengan pembentangan tajuk "Cabaran mengajar pelajar pekak bagi matapelajaran Sastera Bahasa Inggeris". Tajuk ini dibentangkan oleh pembentang kedua.

Menurut beliau, pelajar pekak menghadapi kesukaran dalam mengikuti pembelajaran formal kerana bahasa yang mereka gunakan bagi memahami komunikasi itu sangat berbeza. Struktur bahasa juga tidak sama berbanding bahasa umum yang digunakan. Perkara ini menyebabkan para pelajar pekak menghadapi kesukaran untuk memahami teks sastera Bahasa Inggeris.

Namun, kajian beliau yang membabitkan 11 pelajar pekak ini telah memberikan satu tranformasi. Pemahaman terhadap bahasa yang digunakan oleh pelajar pekak selain penggunaan teknologi terkini seperti alat penterjemah suara kepada bentuk tulisan telah membantu para pelajar pekak ini untuk memperbaiki prestasi mereka dalam subjek Sastera Bahasa Inggeris.

Menurut beliau lagi, proses intreprestasi teks adalah sangat berbeza berbanding pelajar normal.Para pelajar pekak akan membaca teks berdasarkan pemahaman dalam minda mereka dan tidak berdasarkan bunyi yang dikeluarkan oleh peti suara bagi pelajar normal. Hal ini bermaksud, para pelajar pekak tidak mengetahui bunyi perkataan tersebut, namun memahami perbezaan perkataan tersebut berdasarkan perbezaan huruf dalam perkataan tersebut.

Bagi memudahkan pemebelajaran bagi bacaan novel, beliau telah menggunakan teknik penceritaan menerusi gambar supaya setiap teks yang ditulis itu akan lebih mudah difahami.

Seterusnya, di akhir pembentangan, beliau menyatakan bahawa para pelajar pekak lebih sukar untuk belajar dalam kelas kerana mereka harus menguasai 6 bahasa isyarat termasuk Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), dan Bahasa Isyarat Inggeris. Maka, para guru haruslah memahami situasi ini agar proses untuk mengajar pelajar pekak ini akan berjalan dengan lancar.

Sesi kemudian diakhri dengan sesi soal jawab sebelum ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari. Sesi berikutnya akan berlangsung pada jam 2.30 petang di Bilik Konvensyen E-Learning yang bakal menyaksikan Profesor Rod Ellis sekali lagi bakal membentangkan pembentangannya.



Foto: "Sahabat Setia Thaharah"

Laporan hari pertama English Language Conference kali ke-4

Tanjung Malim, 7 Mac- English Language Conference kali ke-4 telah dibuka secara rasmi awal pagi ini. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Naib Cancelor, Profesor Datuk Dr. Aminah Ayob. Persidangan ini berlangsung di Bangunan E-Learing di Bilik Persidangan di aras 5. Persidangan ini dihadiri oleh semua pensyarah dan pelajar TESL turut dihadiri oleh peserta-peserta luar.

Perasmian diserikan dengan deklamasi sajak yang bertemakan pendidikan dipersembahkan oleh para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Methodist serta beberapa pelajar TESL Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pukulan gong kemudian bergema sebanyak tiga kali yang disempurnakan oleh Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Profesor Rod Ellis menjadi speaker utama bagi persidangan kali ini. Beliau merupakan pensyarah di University of Auckland di New Zealand. Membentangkan mengenai teknik pengajaran Tatabahasa Bahasa Inggeris bagi pelajar ESL (English as second language) pada pembukaan persidangan, beliau mengeluarkan hujahnya dengan menyatakan bahawa pengajaran Tatabahasa Bahasa Inggeris haruslah menggunakan teknik implisit iaitu pengajaran berdasarkan teknik kiasan dan beliau menganggap bahawa teknik explicit iaitu pengajaran berdasarkan ketegasan yang terus menghukum dan membetulkan kesalahan pelajar adalah kurang berkesan.

Beliau menegaskan pengajaran secara explicit boleh menyebabkan para pelajar hilang minat kerana air muka pelajar itu tidak dijaga. Hujah beliau dibuat berdasarkan kajian yang telah dilakukannya serta pengalaman beliau di Zambia.

Menurut beliau, pelajar di Zambia gemar menambah suku kata "-ing" pada setiap perkataan. Beliau berkata, "Pelajar Zambia akan menyebut, I don't having a book daripada menyebut I don't have a book"

Maka, bagi memperbetulkan kesalahan ini, teknik implisit dilihat lebih berkesan berbanding teknik explisit.

Sesi soal jawab berlangsung selepas itu dengan empat soalan telah dikemukakan oleh para peserta. Persidangan sesi pertama itu berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Pada waktu yang sama, pameran mengenai tokoh-tokoh penulis Bahasa Inggeris turut berlangsung dikendalikan oleh para pelajar TESL yang mengambil subjek Introduction to English Literature. Pameran ini berlangsung sehingga pukul 5 petang.

Persidangan dan pameran ini akan berlangsung selama dua hari. Majlis penutup akan berlangsung pada 8 Mac 2011 pada sebelah petang. Sepanjang persidangan ini berlangsung, para pelajar digalakkan untuk turut serta mengikuti persidangan ini.




Jurufoto: Bay

A Glimpse at the 4th English Language Conference of UPSI - Day 1

Greetings to all of you!

As we know that today is the commencement of the much awaited English conference. Actually, lots of booths were not ready because most of us thought that since the conference will commence at 9.00 am, it will be best that we prepare ourselves for the exhibition from 8..00 am or something. However, most of us were taken aback as we supposed to be ready by 8.00am because the participants for the conference were already there before 9.00 am. And when they had registered themselves, they walked around. So, they could not actually see much of the things displayed because lots of booths were not ready by then.

Well, by 9.00am, most of the booths were ready for exhibition and we were walking around to each other's booths. These are the pictures :











Not long after I had taken all those pictures, Professor Rod Ellis, a keynote speaker for the conference, came to visit the exhibition together with our Vice Chancellor, our Dean, the Deputy Dean, and our Head of Department. Professor Rod Ellis is currently the Deputy Head, Department of Applies Language Studies and Linguistics, Faculty of Arts in University of Auckland, New Zealand. His visit to our exhibition came with a surprise. However, we were very happy to see him there as he is a very warm and soft spoken person. Further, we were very happy to have him visited our exhibition. Thanks Professor for your kind and gentle visit.

Soon after Professor Rod Ellis had entered the conference hall, it marked the time for the opening ceremony. So, all students were called to be in the conference room for the opening ceremony. Only one person from each group was allowed to stay in their respective booths. I am sorry for I could not disclose much information about the opening ceremony nor share some pictures of the opening ceremony because I was not there at that time.

However, I managed to enter the conference room when Prof Rod Ellis was giving the keynote address. Lots of our friends came out from the conference room before his address ended. You should be able to understand why. I loved his address though. So, I was there until his address ended.

After his address, the conference took a break for lunch. Therefore, before the presentation of papers started, the lecturers who were the conference participants came and visited our exhibition. We were in dire need for their presence because each of the booths was given an evaluation form to be filled by visitors. We welcomed them with the utmost treatments we could give. Some of us even waited there for the lecturers to finish evaluating one booth before asking him or her to proceed to our booths. The situation there was very chaotic I would say.

Not forgetting the seniors, they came to give us their supports as they were needed in the evaluation too. Not all the seniors were friendly though. At 2.30pm, we were left alone to rot at the exhibition area as all the participants of the conference had started the papers presentations sessions.

We closed our booths at 5.00pm. Tomorrow will be another session for exhibition. These are all for today.

Yours truly,

Sunday 6 March 2011

"siapakah aku di mata mu?"



Setelah lama menyepi, terdetik hati ku untuk menulis kembali di demensi sanubari ini. Mengimbas kembali detik pertemuan sel otak ku dengan perkataan DIMENSI SANUBARI, terus membuatkan aku berfikir. Dimensi, satu perkataan yang begitu unik yang jarang digunakan kecuali bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia animasi dan pengiklanan ( maksud aku 2D, 3D laa ). Manakala sanubari pula membawa erti tersendiri yang mana pada fahaman aku ialah luahan hati dan perasaan ( cheewah, mood jiwang gitu ).  Mungkin kerana gabungan perkataan ini lah yang menyebabkan ramai yang menghangatkan blog yang suam-suam kuku ni dengan pelbagai topik yang hangat-hangat tahi ayam berlendir( xperlu la ak nyatakan kot..sendiri mau ingat la brader ) sesetengah topic mungkin sensitive, mungkin juga langsung x menyentuh perasaan terutamanya bagi mereka yang berjiwa zomba. ( kite bako je )

Eh2, pe aku merapu ni?? Ok, back to the topic ( mak aih, skiping plak..bkn bdk TESL je pndai skiping ek ),, “siapakah aku di mata mu?” umum sedia maklum, kita hanyalah manusia biasa. Kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang aku cuba untuk respek sehabis-habisnya. Tetapi, timbul persoalan, berbezakah kita?? Siapa aku dan siapa kamu? Sejarah telah membuktikan, umat manusia perlu di ajar. Mengapa kita perlu di ajar? Adakah sebab kita jahil? Adakah sebab kita ni otak lembap? Atau pun kita ni terlalu ego dengan ilmu sendiri yang di sangkakan tinggi menggunung sedangkan ilmu tersebut langsung tak sampai setitik air. Teringat aku akan kata-kata seorang  insan, ilmu yang di kurniakan hanyalah ibarat setitis air laut. ( pergh, time dengar ni terus aku merendah diri...mcm lah aku hebat sangat kn?? )

Sekali lagi aku bertanya, “siapakah aku di mata mu?” arghh, susah benar aku nak jawab soalan ini. Mau pusing kepala ku ( sori, ter-indon kejap..huk3 ). Bagi mereka yang suka berfikir, pasti mereka akan memecah-mecahkan soalan tersebut, contohnya,, siapakah yang menggelarkan dirinya  “aku” ?? dan siapa pula “mu”?? adakah mereka penggembala dan kambing atau pun mereka adalah arnab dan kura-kura. (haha..jangan pening ye pembaca sekalian )  jawapan ku mudah saja, “aku” adalah diri kita sendiri, manakala “mu” pula ialah masyarakat, keluarga dan juga tuhan. ( bagi kaki bola pula mungkin mereka akan cakap cmni : “mu” 2 Manchester United kot..dh r kalah 3-1, wat malu jek )  jadi, apabila kita bercakap tentang diri sendiri, pasti kita akan mengatakan yang kita memang bagus! Itu kata kita, tapi pe kata orang lain?? “bagus lerrrrr sangat..sengal”   hah, amek kau! Bile ko dengar camtu baru ko tau langit  tu tinggi ke rendah ( sentap hati mak nak ). Itu lah kenyatan yang harus kita lalui. Jangan sering bersifat dangkal dengan sering beranggapan bahawa aku adalah segala-galanya.

Mari kita berfikir sejenak,( asyik-asyik nk suruh fikir, ingat pembace x penat ke??dah r esemen banyak)  siapa kita tanpa kedua ibu bapa kita?? Pernah kah kita sedar bahawa mereka kat kampung berpenat lelah mencari rezeki untuk menyara kita dan adik-adik kita,, sedang kan kita di bumi tanjung malim ni bersenang lenang menghadap laptop bermain facebook. Dah la dapat PTPTN langsung x hulur kat mak ayah, tau nk shopingggggg je..( aku pun camtu jugak..sob3) pastu bile duit da abis mula la kol mak/ayah/ma/pa dengan nada manja2 yang bermula dengan “mak sihat??ayah wat pe?”...lps tu agenda sebenar terserlah.. ”makkkkkk,,,nk duit..duit da habis..banyak beli barang untuk esemen..” mak pn dengan nada yang lembut,, “baiklah nak, nanti petang mak masukkan duit ye..” kita pn meloncat gembira kerana mengetahui bantuan kewangan MAPA telah diluluskan. Namun, pernahkah kita terfikir, “mak ayah aku ni ade duit ke tak ni?” tepuk dada, tanya hati. Itu kisah yang ada mak ayah, mereka yang hidup sebatang kara plak cmne? Pasti sering merindui insan yang bergelar ibu dan bapa.... (sedey btol time ni..rasa mcm nk kol sekarang je mak dan ayah..mane la tau kot2 esok diorang da tak de....)

Teringat pula sebentar tadi apabila aku membuka satu group di facebook yang bernama UPSI GANG..korang mesti familiar dengan group tu kan??? Aku selalu gak buke group tu, kadang2 menarik gak ( macam lerrr bagus sgt ) td ade 1 post dari mamat ni, cokelat king kot name nya. Si mamat cokelat ni bagi satu teka teki yang berbunyi begini lebih kurang,, nikmat pe yang paling best? ( nak je aku jawab bukan2 tadi..haha) ade la jugak yang jawab soalan tu tapi semua tak betol kate nye..kesian..pastu si mamat cokelat ni pun bagi jawapannya iaitu nikmat iman dan islam. Jawapan mamat ni membuat aku terfikir, mamat ni bagus sangat ke?? Macam la dia tu perfect. Namun jawapan dia ada betol nya sebab aku pernah terbaca ayat tu ( lupa bace kat mana ). Ia membuatkan aku menilai kembali diri ku ini, adakah aku sudah beriman atau pun sudah bertaqwa? Secara tidak langsung, ia menjawab persoalan “siapakah aku di mata mu?”

Jesteru, marilah kita menilai diri kita sendiri tanpa mengira bangsa mahupun agama, kita tetap manusia biasa. Jangan pernah kita meninggi diri tatkala di gunungi pujian. Ingatlah saudara/i sekalian, di luar sana ramai lagi insan yang lagi hebat dari kita.( tengok2 roomate kita pun lagi terer dari kita..huhu)

Akhir kalam, muhasabah cermin kejayaan. Sekian.


Sekitar persiapan pameran English Language Conference kali ke-4

Tanjung Malim, 6 Mac 2011 - Kerancakan persiapan bagi pameran untuk English Language Conference kini semakin rancak. Pelajar TESL kini kebanyakannya sedang giat melakukan persiapan meja pameran masing-masing. Kebanyakan papan info telah diisi dengan maklumat tokoh penulis yang dipilih masing-masing. Kreativiti para pelajar digunakan untuk menghias meja pameran masing-masing.

Antara tokoh yang dipilih adalah seperti Jane Austen, Virginia Woolf, Robert Frost, A Samad Said, dan yang paling dikenali ialah William Shakespeare. Pemilihan tokoh ditetapkan menerusi pilihan sendiri namun diselia oleh pensyarah masing-masing.

Kebanyakan kumpulan dilihat melakukan persediaan secara serius bagi memastikan segala perancangan sewaktu pameran berjalan tanpa sebarang masalah.

Menurut Pn. Ainon, pensyarah dan koordinator subjek Introduction to English Literature, para peserta akan diberi markah dan dinilai sewaktu pameran seterusnya akan dikira sebagai markah kerja kursus bagi subjek Introduction to English Literature. Kreativiti dan pemahaman sesebuah kumpulan terhadap tokoh yang dipilih akan menentukan markah yang akan diberi.

English Language Conference kali ke-4 akan berlangsung esok, 7 Mac 2011 bertempat di bangunan E-learning aras 5. Persidangan ini bakal berlangsung selama 2 hari.