Pengunjung Budiman

Monday, 26 September 2011

Permulaan Segar (Dimensi Sanubari Reborn)

Pada awal tahun blog ini ditubuhkan, penulis telah dilontari pelbagai cemuhan, kutukan dan kritikan yang hadir umpama peluru di lapangan mogadishu. Hal ini diakui penulis berlaku kerana pada awalnya penulis mahu mentadbir blog ini dengan gaya Laissez Faire yang dirasakan mampu untuk memberi peluang kepada sidang penulis sekalian untuk mencambahkan idea tanpa perlu risau identiti diri diketahui. Namun, sayang sekali ada dalam kalangan sidang penulis yang cuba menjatuhkan individu tertentu melalui blog ini.
 
Pada awalnya penulis sudah kecewa dan mahu menamatkan aturcara blog ini. Namun,setelah berbincang yakni beberapa purnama penulis membuat keputusan untuk menghidupkan semula blog ini. Sidang penulis akan lebih berwaspada dan lebih autokratik dalam permulaan nafas baru blog Dimensi Sanubari. Kami ingin memohon maaf kepada pihak-pihak yang pernah tersinggung dan terguris hati sepanjang pengaturcaraan blog ini. Bagi pengikut yang baru, sila hayati blog yang telah mendapat 2000 lebih pembaca dalam masa 2 minggu dan mendapat perhatian pembaca dari dalam dan luar negara. Penulis bukan mahu menunjuk-nunjuk atau bermegah diri. Baca dan tafsir dengan logik intriksik moga anda faham yang mana baik dan yang mana buruk. Terima Kasih.

                                                                                Sidang Penulis Dimensi Sanubari




No comments:

Post a Comment