Pengunjung Budiman

Monday, 7 March 2011

Laporan hari pertama English Language Conference kali ke-4

Tanjung Malim, 7 Mac- English Language Conference kali ke-4 telah dibuka secara rasmi awal pagi ini. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Naib Cancelor, Profesor Datuk Dr. Aminah Ayob. Persidangan ini berlangsung di Bangunan E-Learing di Bilik Persidangan di aras 5. Persidangan ini dihadiri oleh semua pensyarah dan pelajar TESL turut dihadiri oleh peserta-peserta luar.

Perasmian diserikan dengan deklamasi sajak yang bertemakan pendidikan dipersembahkan oleh para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Methodist serta beberapa pelajar TESL Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pukulan gong kemudian bergema sebanyak tiga kali yang disempurnakan oleh Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Profesor Rod Ellis menjadi speaker utama bagi persidangan kali ini. Beliau merupakan pensyarah di University of Auckland di New Zealand. Membentangkan mengenai teknik pengajaran Tatabahasa Bahasa Inggeris bagi pelajar ESL (English as second language) pada pembukaan persidangan, beliau mengeluarkan hujahnya dengan menyatakan bahawa pengajaran Tatabahasa Bahasa Inggeris haruslah menggunakan teknik implisit iaitu pengajaran berdasarkan teknik kiasan dan beliau menganggap bahawa teknik explicit iaitu pengajaran berdasarkan ketegasan yang terus menghukum dan membetulkan kesalahan pelajar adalah kurang berkesan.

Beliau menegaskan pengajaran secara explicit boleh menyebabkan para pelajar hilang minat kerana air muka pelajar itu tidak dijaga. Hujah beliau dibuat berdasarkan kajian yang telah dilakukannya serta pengalaman beliau di Zambia.

Menurut beliau, pelajar di Zambia gemar menambah suku kata "-ing" pada setiap perkataan. Beliau berkata, "Pelajar Zambia akan menyebut, I don't having a book daripada menyebut I don't have a book"

Maka, bagi memperbetulkan kesalahan ini, teknik implisit dilihat lebih berkesan berbanding teknik explisit.

Sesi soal jawab berlangsung selepas itu dengan empat soalan telah dikemukakan oleh para peserta. Persidangan sesi pertama itu berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Pada waktu yang sama, pameran mengenai tokoh-tokoh penulis Bahasa Inggeris turut berlangsung dikendalikan oleh para pelajar TESL yang mengambil subjek Introduction to English Literature. Pameran ini berlangsung sehingga pukul 5 petang.

Persidangan dan pameran ini akan berlangsung selama dua hari. Majlis penutup akan berlangsung pada 8 Mac 2011 pada sebelah petang. Sepanjang persidangan ini berlangsung, para pelajar digalakkan untuk turut serta mengikuti persidangan ini.




Jurufoto: Bay

No comments:

Post a Comment