Pengunjung Budiman

Monday, 7 March 2011

Laporan dari Room 1, E-Learning 16

Tanjung Malim, 8 Mac 2011- English Language Conference berlangsung untuk hari kedua. Beberapa pembentangan telah dibuat oleh para pembentang yang terdiri daripada pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris serta para panel yang dijemput.

Bertempat di Room 1, Bilik E-Learning 16, dua pembentangan telah dilakukan dengan pembentangan pertama telah dipersembahkan oleh Pn Farrah menerusi tajuk "Kajian Pembinaan E-portfolio menggunakan laman web dalam kalangan pelajar subjek CALL di UPSI"

Objektif kajian serta methodologi kajian diterangkan dengan membabitkan penyertaan 129 pelajar TESL yang mengambil subjek CALL. Menurut Pn. Farrah, kajian yang dilakukannya adalah berbeza berbanding semester sebelum ini kerana membabitkan pelajar yang sangat ramai berbanding semester sebelum ini. Kajian ini bertujuan untuk memastikan bahawa para pelajar mempunyai pengetahuan bagi menghasilkan e-portfolio sendiri.

Sesi kedua kemudian berlangsung dengan pembentangan tajuk "Cabaran mengajar pelajar pekak bagi matapelajaran Sastera Bahasa Inggeris". Tajuk ini dibentangkan oleh pembentang kedua.

Menurut beliau, pelajar pekak menghadapi kesukaran dalam mengikuti pembelajaran formal kerana bahasa yang mereka gunakan bagi memahami komunikasi itu sangat berbeza. Struktur bahasa juga tidak sama berbanding bahasa umum yang digunakan. Perkara ini menyebabkan para pelajar pekak menghadapi kesukaran untuk memahami teks sastera Bahasa Inggeris.

Namun, kajian beliau yang membabitkan 11 pelajar pekak ini telah memberikan satu tranformasi. Pemahaman terhadap bahasa yang digunakan oleh pelajar pekak selain penggunaan teknologi terkini seperti alat penterjemah suara kepada bentuk tulisan telah membantu para pelajar pekak ini untuk memperbaiki prestasi mereka dalam subjek Sastera Bahasa Inggeris.

Menurut beliau lagi, proses intreprestasi teks adalah sangat berbeza berbanding pelajar normal.Para pelajar pekak akan membaca teks berdasarkan pemahaman dalam minda mereka dan tidak berdasarkan bunyi yang dikeluarkan oleh peti suara bagi pelajar normal. Hal ini bermaksud, para pelajar pekak tidak mengetahui bunyi perkataan tersebut, namun memahami perbezaan perkataan tersebut berdasarkan perbezaan huruf dalam perkataan tersebut.

Bagi memudahkan pemebelajaran bagi bacaan novel, beliau telah menggunakan teknik penceritaan menerusi gambar supaya setiap teks yang ditulis itu akan lebih mudah difahami.

Seterusnya, di akhir pembentangan, beliau menyatakan bahawa para pelajar pekak lebih sukar untuk belajar dalam kelas kerana mereka harus menguasai 6 bahasa isyarat termasuk Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), dan Bahasa Isyarat Inggeris. Maka, para guru haruslah memahami situasi ini agar proses untuk mengajar pelajar pekak ini akan berjalan dengan lancar.

Sesi kemudian diakhri dengan sesi soal jawab sebelum ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari. Sesi berikutnya akan berlangsung pada jam 2.30 petang di Bilik Konvensyen E-Learning yang bakal menyaksikan Profesor Rod Ellis sekali lagi bakal membentangkan pembentangannya.



Foto: "Sahabat Setia Thaharah"

No comments:

Post a Comment