Semua pasti mengenali Pak Cik fotostat di koperasi Foyer KAB. Dan semua sedar, dia tak pernah senyum. Kenapa ya? Adakah dia tak ada emosi?
Buatlah sebarang lawak atau gurauan, takkan gelak pak cik ni. Kalau tegur pun jawab dalam nada yang sama. Tak tau, ceria ke pakcik ni, tengah sedih ke... atau mungkin sedang mengelamun melayan perasaan.
Dah macam robot pula.
Apakah pak cik ni sebuah robot yang dihantar pihak UPSI?, atau...
Adakah pak cik ini pernah mengalami trauma sewaktu zaman kecilnya, hingga kini dia menjadi manusia tanpa emosi, atau...
Adakah pak cik ini keturunan dari terminator?.... Mana tau pak cik ni adik beradik Arnold "Susah nak eja"..yang jadi robot tak ada perasaan tu....hahahaha
atau,
Adakah pak cik ini merupakan Doraemon yang sedang menyamar di UPSI... (nak buat intipan, mana tau kot-kot si Nobita menyorok di KAB...)
Adakah pak cik ini seorang ejen FBI, yang sedang menyiasat pelajar-pelajar UPSI...(mungkin menyiasat kehilangan kerusi roda Usop (siapa sokong saya, sila angkat tangan macam saya...))
Adakah pak cik ni seorang mangsa ejen Men in Black yang telah dineutralkan fikirannya? (sebab tu dia dah tak ingat zaman kana-kanaknya yang ceria.... )
atau
Adakah pak cik ini terputus urat ketawanya?, atau
Adakah pak cik ini bersaudara dengan Squidward Tentacles jiran Spongebob tu?... hmmm
Ah, tak tau mana satu puncanya. Apakah sebabnya sebenarnya ya sehingga pak cik ni langsung tak tunjukkan emosinya setiap kali berada di kedainya itu.
Namun, pak cik memang terbaik. Tak pernah kecewa dengan servisnya. Maka, walaupun pak cik ini tak pernah senyum, pelajar UPSI masih dan sangat mahukannya kerana kualiti kerjanya....
Buat pak cik tersebut, tulisan ini sekadar guarauan.... kerana kami tau pak cik bukan kesemua di atas....
hasil tulisan merapu: (suka suki sama hati....)

Penulis cuba menenangkan keadaan panas di blog ini.
ReplyDeleteSemoga warna merah jambu dapat mengurangkan post yang panas-panas.
Dia ni tak senyum dengan lelaki jer... Biasalah tu...
ReplyDeletepacik ni x mengamalkan diskriminasi gender la..laki ke pompuan ke,same je :D
ReplyDeleteBuat pak cik tersebut, tulisan ini sekadar guarauan.... kerana kami tau pak cik bukan kesemua di atas....
ReplyDelete