Pengunjung Budiman

Thursday, 3 March 2011

Sam, Saman dan Sue (Alpanya pelajar UPSI)


Ramai orang beranggapan disiplin itu harus dipraktikkan secara keseluruhan tanpa ada pilih kasih. Maka, kita menanggap bahawa disiplin itu satu usaha mengongkong dengan belas kasihan (kalau di sekolah memang la..). Tetapi di universiti sangat berlainan, disiplinnya tidak seketat di sekolah. Malahan, ada universiti yang membenarkan pelajarnya memakai baju berjenama pagoda dan berseluar pendek sahaja menghadiri kuliah. Bayangkan betapa longgarnya peraturan di universiti. Inilah balasannya, setelah lama kita berhempas pulas berpakaian uniform di sekolah, berambut pendek, memakai tudung, memakai kasut putih dan mengikuti pelbagai etika berpakaian yang ternyata sangat skema. Tetapi, di UPSI situasinya ibarat kontra kepada universiti lain. 

Memang tidak dinafikan ada universiti yang ada etika pemakaian yang khusus dan ketat namun di UPSI huraiannya ternyata lebih spesifik kerana produk keluarannya adalah pendidik. Cuba saudara-saudari kenangkan kembali zaman semasa kita di sekolah dahulu, guru-guru kita pakaiannya sangat formal dan rasmi. Tambahan pula guru disiplin, kilat kasutnya boleh dibuat cermin dan mampu memantul cahaya matahari angsana langit. Sebenarnya, kita(pelajar UPSI) menganggap disiplin pemakaian ini sangat leceh berbanding generasi guru kita dahulu (Bukan semua pelajar UPSI sebegini). Fesyen bagi mereka adalah kekemasan yang rapi dan tiada cacat cela. Oleh itu, gajet mereka yang paling popular ketika itu adalah seterika baju. Alatan yang menjadi kemestian bagi pekerja kolar putih(Ayah saya pakai seterika arang batu). Bayangkan, jika guru tiba di sekolah dengan fesyen ala Lady Gaga ataupun Kid Rock. Hasilnya, berlakulah satu situasi kebingungan hakiki dan lemparan dialog mengetap gigi seperti “Ape kehenye cikgu ne?” . Tanggapan murid dan orang ramai sudah pasti ialah.

“Bolehkah dia ni mendidik macam tak terdidik ja”

Itulah kepentingan menjaga “first impression” kita sebagai guru. Mahu atau tidak itulah kewajipannya. Imej guru ini sangat penting, tidak kiralah pengguna bahasa asing atau bahasa peribumi. Jadi, anggaplah ia umpama latihan sebelum kita beralih ke dunia sekolah. Tunjukkan peribadi S.A.M yang sejati kepada orang ramai. Memang sukar pada permulaannya, penulis pun sedang mencuba untuk merubah diri. Sama-samalah kita memantapkan diri. Nasihat orang supaya diri sendiri boleh dinasihatkan lagi. Mudah-mudahan.

“It’s not as simple as abc, but when you are ready just be what you should be,but slowly”.

Saya akan ringkaskan isu seterusnya. SAMAN dan SUE ni memang dah lama berpasangan. Mereka ini menjadi lambang kepada judisiari di UPSI. Biasalah di universiti, tak akan berlaku public canning atau berdiri di atas kerusi B.E. Learning. Kalau ada pun bagus juga, sebab dah mula lemas dengan ugutan denda ini. Ramai yang akan merana nanti, mentang-mentang kami semua ada PTPTN mahu saman sahaja. Cuma harapan penulis cuma satu, kalau boleh Jabatan keselamatan bertimbang rasa sedikit dengan kesalahan yang tidak mengganggu ketenteraman awam. Kerana penulis bimbang kalau-kalau akan berlaku reformasi akibat terlalu ketat dengan benda-benda kecil. Waspada selalu, kami mahasiswa ‘lu’ tahu. 

                                                                                                                                Perindu Pilu
                                                                                                                               

No comments:

Post a Comment