Benarkah?
Pengertian menutup aurat bagi seorang wanita bermaksud, menutup keseluruhan tubuh (termasuk bentuk tubuh), kecuali tapak tangan dan muka dari penglihatan lelaki yang bukan mahram. Maka benarkah ramai menutup aurat? Saya soalkannya sekali lagi.
Saya seringkali berada dalam suasana yang dikelilingi kaum hawa. Maka dapatlah saya nilaikan sejauh mana kaum hawa ini menutup aurat. Seharusnya saya akui, kebanyakan mereka masih belum sempurna menutup aurat. Walaupun semua tubuh ditutup dengan pakaian serba aneka dan bentuk fesyen, hakikatnya mereka masih mendedahkan aurat.
Aurat wanita itu bermaksud:
- Bertudung, dan tudung itu menutup baik rambut, tengkuk, bahagian lembut bawah dagu, dan dada seorang wanita.
- Berbaju menutup keseluruhan tubuh, dan segala bentuk tubuh tidak ditonjolkan menerusi pakaian itu.
- Berseluar atau berkain, dan seluar atau kain itu menutup keseluruhan bahagian anggota kaki.
- Berstoking, dan stoking itu perlulah menutupi kaki wanita.
Aurat wanita pada pandangan wanita hari ini:
- Bertudung, dan tudung itu perlu menutup kepala sahaja
- Berbaju menutup seluruh tubuh, namun tak kisah sama ada ketat atau tidak.
- Berseluar, namun tak kisah sama ada seluar itu ketat atau tidak. Berkain, namun tak kisah kain itu jarang atau berbelah.
- Tak perlu berstoking kerana panas.
Kesalahan yang sering dibuat oleh para wanita:
- Bertudung, namun
- tudungnya jarang hingga menampakkan bahagian tengkuk dan rambut.
- tudungnya diselak hingga menampakkan bahagian dada (senang cerita tudung pakai, bentuk buah dada nampak)
- tudungnya diikat hingga mengikut bentuk sanggul rambut. (fesyen tudung bonggol unta)
- tudungnya dipakai, namun tengkuknya didedahkan, dan cuping telinga ditonjolkan (kononnya nak pakai subang)
- tudung dipakai, namun terdapat helaian-helain rambut terkeluar di celah-celah kain tudung (sebab tak pakai skarf di dalam)
- tudung dipakai, namun diikat ketat hingga melilt bahagia tengkuk sehingga menampakkan bentuk tengkuknya.
2. Berbaju menutup seluruh tubuh, namun
· Baju terlalu ketat dan sendat, hingga menampakkan bentuk tubuh. Bentuk pinggang kelihatan jelas, dan bentuk buah dada diperlihatkan dengan nyata.
· Baju terlalu singkat dan tak menutupi punggung. Bila diangkat tangan sedikit, maka terserlahlah bahagian pusat dan perut.
· Baju jarang, hingga menampakkan bahagian tubuh, hingga menampakkan pakaian dalam. Walaupun memakai baju ketat di dalam bagi menutupi tubuh, itu juga masih salah kerana masih lagi mempamerkan bentuk tubuh.
· Baju terlalu cerah, sehingga kelihatan perkara yang tak sepatutnya dilihat.
3. Berseluar dan berkain, namun
· Seluar yang dipakai ketat sehingga menampakkan bentuk punggung. Jalan pun dah susah dek ketatnya seluar yang dipakai. Sendat, sampaikan si lelaki yang melihat dah boleh dengan mudah bayangkan wanita sebegini tanpa berpakaian. Hmm...
· Seluar singkat, sampai nampak buku lali. Kadang-kadang sengaja dilipatkan kaki seluar itu.
· Kain dipakai, tapi sendat bak sarung buah nangka. Jalan pun dah sukar, kalau laju takut terkoyak pula kain, dan kalau perlahan takut lenguh kaki berjalan.
· Kain dipakai, tapi bahagian belakang kain dibelah. Bila jalan, nampak jelas betis walhal diri itu bertudung.
· Kain dipakai, tapi disingkatkan kononnya nak buat macam kain gaun. Nampak buku lali, dan mungkin juga betis.
4. Berstoking sukar sebab?
· Tapak kaki akan berpeluh. Nanti kaki berbau....
· Simpan kuku kaki, takut nanti terkoyak pula stoking...
· Kasut tak sesuai untuk memakai stoking....
· Menyusahkan dan lambat kalau nak pakai stoking...
Apabila semua itu terjadi, maka bolehlah saya simpulkan ramai wanita walaupun bertudung, hakikatnya mereka membuka aurat. Mungkin terikut-ikut dengan fesyen artis yang jahil agama, maka aurat yang patut ditutup telah terbuka.
Persepsi biasa wanita: Tutup aurat maksudnya tutup kulit kita...
Hakikatnya: Tutup aurat ialah tutup kulit kita dan tutup bentuk badan kita...
Kesalahan yang sering dilakukan kaum hawa:
1. Pakai tudung tapi tudung jarang.
2. Pakai tudung tapi tudung diselak hingga mempamerkan dada.
3. Pakai tudung tapi tudung dibelit di tengkuk
4. Pakai baju, tapi terlalu sendat
5. Pakai baju lengan pendek, kemudian pakai sarung lengan
6. Pakai jeans, tapi sendat sampai nampak jelas bentuk kaki dan punggung.
7. Pakai kasut, tapi stoking tak pakai.
Tutuplah dadamu, betulkan tudungmu, tutuplah bahagian kakimu. Pakailah baju yang loggar dan labuh supaya labuh itu dapat menutupi punggung. Pakailah seluar yang longgar supaya bentuk bahagian bawahmu tidak kelihatan. Jangan sendatkan pakaianmu, tapi longgarkan. Lindungi betismu, agar bila berjalan atau menaiki tangga, betismu itu masih terlindung. Ingatlah, sia-sia sahaja betudung jika aurat lain terdedah....
.Jagalah auratmu...
Ibarat buah limau segar dipetik, bahagian atasnya segar, bahagian bawahnya layu....
Atas pemerhatian saya terhadap kaum hawa di UPSI, dapatlah saya simpulakan 70 peratus yang bertudung masih belum menutup aurat dengan sempurna.
Marilah muhasabah dan mengubah apa yang patut...
Wallahualam
p/s: situasi ini bukan berlaku di UPSI sahaja, malah universiti lain juga turut hadapi situasi yang sama...
p/s: situasi ini bukan berlaku di UPSI sahaja, malah universiti lain juga turut hadapi situasi yang sama...
-Muhammad Yazid Rosly-
No comments:
Post a Comment