Pengunjung Budiman

Wednesday, 2 March 2011

Betul

Tapi... 

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia. 

Setelah saya baca dan teliti entry-entry kalian, timbul sedikit rasa kecewa. 

Tuan mastermind blog kita, Pembahasa Asing, telah berjaya mengumpulkan kita yang berbakat menulis dalam blog yang sama dengan misi yang sama. Sekejap. Cuba kita ingat balik apa Pembahasa Asing kata semasa mula-mula blog ini dibuka kepada 15 penulis lain. 

kalian boleh poskan sebarang tulisan dan hasil kreatif. (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
(namun jika terdapat pos yang menyentuh isu sensitif, kami akan membuang pos tersebut)

Pertama, saya kagum dengan idea Pembahasa Asing. Tak salah nak dapatkan pendapat orang, nak kongsi masalah dalam blog ini. Cuma yang saya kecewa, sudah ditulis dari awal "pos yang menyentuh isu sensitif, ...." Menyentuh soal hukum agama tidak sensitif? Blog ini tiada pembaca bukan Islam? Cuba renungkan persepsi yang bukan Islam terhadap orang Islam kalau isu kecil yang sudah berpuluh tahun bertapak dalam negara dan luar negara ini dibahaskan sekarang hanya kerana ada seorang yang mampu mewakili UPSI untuk muncul ke kaca TV mencuba nasib.

Entry yang ditulis melibatkan rakan TESL kita dan si Penulis tidak terlintaskah post itu mampu mengguris hati dia?

Kedua, kita hidup berkawan kena berani tegur. Tegur pun, ada caranya. Post entry dengan nama terpampang buat tatapan umum bukan caranya. Mana kita tau niat dia masuk "reality show" tu? Mana kita tau macam mana dia boleh terpilih antara 40 calon pelajar? Entah-entah dia pergi ujibakat sekadar suka-suka dan secara "tak sengaja" melepasi keempat-empat peringkat ujibakat.

Entah-entah setiap hari dia kena berdepan dengan pelbagai macam "pendapat". Memang iya, dia ada penyokong. Tapi ingat, lumrah alam setiap orang dalam dunia ni ada orang suka, ada orang tak suka. Kenapa perlu kita tambah dengan mengaibkan namanya? Kawan macam mana kita ni?

Ketiga, benar "reality show" tu menyumbang maksiat. Tapi, fikir balik tengok bola pun melalaikan. Tak haram pula ya? Suara itu aurat, nak jadi cikgu, suara kena lantang. Lebih-lebih lagi perempuan. Macam mana ni?

Akhir kalam, saya bangga berpeluang menulis dengan rakan penulis lain. Kamu yang membaca, cuba buka minda dan fikir pelbagai perspektif kerana hanya dengan cara itu kita dapat hentikan prasangka buruk yang mampu mengundang sakit hati dalam kalangan sahabat handai.

Kepada Saudari Ann, semoga tahap kesabaran kamu tinggi.

8 comments:

  1. dga gk cite2 x bes psl ann ni
    haiz ckp msuk program maksiat n everything
    tp klu ikutkn npe mesti de yg fitnah die mcm2
    mcm2 dga
    kte xtau pe motif die msuk n spe kte manusia nk judge org len
    kn fitnah 2 cm bunuh 1000 org x berdosa lg truk dr yg bermaksiat
    hrp ann yang korg ckp 2 x bce blog ni
    klu x mesti die terasa

    ReplyDelete
  2. Pembahasa asing bukan pemilik blog ni....

    ReplyDelete
  3. Soal hukum tidak boleh diubah.Perlu diingat, pendapat ulama bersetuju bahawa program realiti muzik di televisyen itu adalah haram. Maka jangan pusingkan apa-apa pendapat lain untuk menghalalkan perkara yang diharamkan.

    Soal cikgu perempuan mengajar dengan suara kuat, pendapat ulama menyatakan bahawa diharuskan perempuan bersuara kuat dalam kelas selagi mana sura itu tidak menggoda. Jika suara itu menggoda, barulah haram dan aurat bagi perempuan. Situasi ini sama dengan tilawah al-quran yang disertai perempuan.

    Menyentuh soal sensitiviti dalam blog ini, pihak kami yang menguruskan blog berpendapat bahawa sehingga kini masih belum ada entri yang menyentuh sensitiviti. Menyentuh soal hukum agama bukanlah perkara sensitif, tetapi satu perkongsian untuk semua bagi menyatakan Islam itu mudah tetapi tegas dalam mengharungi kehidupan.

    Soal ujibakat Ann, harus saya akui perkara ini agak kontroversi. Namun perlu dilihat dalam semua entri yang pernah diposkan, apakah ada entri yang menyatakn Ann berdosa sewaktu menyertai ujibakat AF?

    Kami tak pernah menghukum sesiapa, tapi kami nyatakan pendapat umum mengenai hakikat hukum yang telah diputuskan.

    Jika dikatakan blog ini buatkan bukan Islam takut dengan Islam, beberapa sahabat bukan Islam saya (rakan-rakan yang buat medic di UK dan Russia) menyatakan bahawa blog ini amat bagus, kerana dari sinilah mereka akan mengenali Islam yang sebenar yang berbeza dari apa yang biasa mereka lihat dalam masyarakat hari ini.

    Islam bermula dengan sepi, kemudian gemilang, dan akhirnya menjadi sepi kembali.

    Soal akhir, ingin saya nyatakan Pembahasa asing bukanlah pemilik blog ini dan pastinya bukanlah saya. Makanya saya nyatakan, entri saya hanya ditulis saya jika terdapat tandatangan saya ditulis di penghujung entri. Jika entri itu muncul dengan nama samaran atau muncul dengan tanpa nama, maka itu bukan tulisan saya.

    Saya bukan jenis yang sorokkan diri. Saya jujur dengan segala apa yang ditulis.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. semuanya gara-gara tulisan yang ditulis oleh sang pencinta hati....

    ReplyDelete
  5. Mcm ni lah, ape yg semua duk ckp2 ni, ada betulnya.(kalau terasa bila baca yg bawah sila rujuk statement ini) tp fikir semula dr awal, yg post entry paling awal pasal ann tu, ann tahu ke?dedicating a whole and of course several posts after that using her name, putting her as a center of attention HERE, without her knowing it n sah2lah dah dia x tau penulis tu x minta izin la kan?i dont know about you bloggers n freedom of writing.i just want to know, should the same thing happen to you?how will YOU react?

    ReplyDelete
  6. macam yg dikatakan tadi, semuanya gara-gara tulisan dari penulis 'sang pencinta hati...'

    ReplyDelete
  7. tapi kadang-kadang matlamat menghalalkan cara... walaupun cara itu salah...

    ReplyDelete