Pengunjung Budiman

Thursday, 24 February 2011

Akhbar apakah yang paling popular dalam kalangan pelajar UPSI?


Persoalan ini bermain dalam fikiran saya setiap kali saya ingin membeli surat khabar di kedai. Harus diakui akhbar menjadi medium utama bagi mendapatkan makulmat yang tepat, padat dan ringkas. Walaupun perlu diakui, unsur-unsur politik memang kuat (berat sebelah hanya pada pihak kerajaan) terutamanya akhbar Utusan, namun intipati yang melaporkan perkembangan dan isu semasa  boleh dilihat dalam mana-mana akhbar.

Persoalannya, akhbat manakah yang menjadi pilihan utama dalam kalangan pelajar UPSI?

Saya simpulkan akhbar KOSMO menjadi wadah utama dan pilihan mereka untuk mendapatkan maklumat.  Mengapa itu yang saya simpulkan?

Pergilah ke mana-mana kedai di UPSI mahupun di Tanjung Malim, wajib, akhbar KOSMO pasti dijual. Malah akhbar inilah yang paling cepat habis berbanding akhbar lain. KOSMO, kandungannya agak ringkas, senang dibawa, malah bersifat neutral (tidak banyak menyentuh isu-isu politik)

Akhbar Utusan berada di tangga kedua. Populariti akhbar ini juga ibarat isi dengan kuku bersama akbar KOSMO. Carilah akhbar ini di mana-mana kedai, senang saja nak membeli. Cuma kandungan akhbar ini agak terlalu berpolitik dan agak berat sebelah.

Akhbar di kedudukan ketiga mungkin diambil oleh akhbar Harian Metro diikuti Berita Harian, The Star, dan di tempat akhir sekali The New Straits Times.

Mengapa The New Straits Times kurang popular?

Pertama, akhbar ini berbahasa Inggeris. Kedua, akhbar ini hanya mengandungi kandungan yang berat dan serius. Tak sesuai untuk bersantai jika membaca akhbar ini.

Walau apa pun pilihan pelaar UPSI, saya yakin apa yang dititikberatkan oleh mereka ialah kandungan yang berkualiti dan mudah difahami serta mudah didapati. Akhbar itu medium mencari maklumat.

p/s: suka akhbar The New Straits Times, tapi tak ramai yang sukakan akhbar tersebut. Sedihnya...



No comments:

Post a Comment