Seperti yang Yazid katakan blog ini bukan sekadar diskusi politik sahaja. Tekanan perbicaraaan politik ini amat besar dan perlu disertakan dengan ilmu dan pengalaman. Seperti yang kita belajar dalam Sastera Melayu, cerita lisan ini tidak boleh dipercayai dan penuh dengan unsur lewah. Asas cerita yang sebenar akan berubah sepenuhnya, yang baik mungkin tidak diceritakan tetapi yang buruk pula ditokok tambah. Unsur "exaggeration" ini norma dalam setiap penceritaan lisan. Sama juga dalam diskusi politik, segala sembang-sembang kosong di kafe UPSI, di dalam bilik tidur atau di dalam bas langsung tidak boleh dipercayai. Jadi berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan pastikan sumber itu boleh dipercayai. Sebagai permulaan mari kita mulakan dengan satu perkataan yang selalu kita dengar tetapi sudah kurang digunakan oleh masyarakat kini iaitu "Kias".
Definisi menurut Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sindir-menyindir
"Sarcasm" adalah terjemahan dalam Bahasa Inggeris.
Dalam kehidupan masyarakat Melayu, Kias ini budaya yang amat penting dan menjadi tabiat masyarakat setempat. Izinkan saya bercerita sedikit.
Pada suatu hari Ali teringin benar untuk merasai kedinginan dan kelazatan air kelapa. Biasalah,budak kampung hiburan lain sedikit, pekertinya agak nakal tetapi kenakalannya mencuit hati. Setiap hari Ali akan menanggalkan seliparnya dan terus berlari ke hulur-hilir kampung. Tetapi, tidak tahu mengapa hari ini Ali memakai seliparnya untuk pergi mencari pokok kelapa.
"Chek rasa hari ni nak pi tibai kelapa Pok Ngok Ngek ", benak hatinya.
Dengan gaya pelari pecut kampung, Ali memecut deras ke dusun Pok Ngok Ngek. Dia ternampak anak dara Mak Timah yang sedang berjalan.
"Tu dia eh cun bak hang!" jeritnya lantang.
Anak dara Mak Timah menunjukkan penumbuk kepada Ali. Kini, wanita sudah berani mempertahankan diri, tetapi tak manis pula perilakunya. Setelah berlari sejauh 3 batu setengah Ali pun tiba. Dia melihat beberapa biji kelapa yang terjuntai lalu tersenyum lebar. Nafsu minumnya membuak-buak, Ali tidak dapat menahan diri lalu memanjat pokok kelapa tersebut.
Pokok kelapa Pok Ngok Ngek ini sangat tinggi. Ali sudah berbasahan kerana memerah keringat. Apabila tiba di puncak dia pun memetik satu persatu. Sedang Ali memetik dia terdengar suara yang penuh gema!
"Ha, tu dia Ali hang panjat tinggi lagi, mak memang suka hang panjat pokok tinggi, bukan apa nak suruh hang jatuh gedebuk!"
Itulah dia kias yang sering digunakan di kampung, mungkin sudah kurang kini tetapi di utara semenanjung masih diaplikasikan sepenuhnya. Misalnya, kita lihat gejala buang bayi kini yang semakin pesat berlaku. Mengapa ia semakin kerap berlaku adalah kehendak mesyarakat kita sendiri. Norma masyarakat kita ini selalu disindir, maka semakin dilarang makin dibuat. Jadi makin disuruh makin tak mahu dibuat. Biasalah....
No comments:
Post a Comment