Blog ini diperkenalkan atas cadangan beberapa sahabat saya yang meminta agar saya menyentuh isu-isu politik negara dan kampus UPSI. Makanya blog ini diwujudkan. Namun, ingin saya tegaskan bahawa blog ini bukanlah sepenuhnya mengenai poltik, tetapi turut juga menyentuh sebarang isu berkaitan dengan pelajar UPSI.
Saya ingin menjemput sahabat-sahabat untuk menyertai perkumpulan Dimensi Sanubari ini. Luahkan segala yang terpendam dalam blog ini. Jadikan sebagai wadah suara kalian dalam apa jua isu.
Saya mengharapkan moga terdapat dalam kalangan kalian yang berminat untuk menyertai kumpulan blog ini.
Artikel dan tulisan boleh ditulis dalam Bahasa Melayu, mahupun Bahasa Inggeris.
Wallahualam.
-Muhammad Yazid Rosly-
Penulisan kini umpama senjata halus yang mampu mencetus revolusi. Minta-minta penulis tidak mencetuskan provokasi pula.
ReplyDelete