Terus terang amatlah mengejutkan bila kedengaran seorang sahabat UPSI menyertai Akademi Fantasia 9 (AF9). Ann Aisyah, pelajar TESL semester 2, memberikan satu kejutan bila menyertai audition AF9. Makanya tercetusnya satu anjakan berbeza terutamanya dalam kalangan pelajar TESL semester 2 apabila masing-masing memberi sokongan penuh terhadap Ann.
Ann yang berasal dari Selangor telah berjaya melepasi 4 peringkat audition sebelum ini dan kini memerlukan undian dari penonton untuk melayakkan diri dalam Top 25. Maka, langkah dilakukan ialah dengan mempromosikan Ann di Facebook. Langkah ini berjaya, namun dilihat masih belum cukup untuk memberi lonjakan undian yang banyak.
Komen yang diberikan rakan-rakan kelihatan positif walaupun terdapat beberapa menyatakan bahawa persembahan Ann hanyalah sekadar persembahan biasa dan tiada tarikannya. Vokalnya mantap, namun tidaklah mempunyai keunikannya.
Menurut sahabat saya, Yazid (juga pelajar TESL semester 2), Ann punyai bakat yang terpendam dan bakat itu harus digilap. Namun saya ajukan juga satu soalan kepadanya, bukankah berdosa untuk mengundi Ann menyertai AF9?
Jawapan Yazid: "Dalam dunia yang penuh perubahan, adalah sangat sukar melarang seseorang dari melakukan sesuatu yang mungkin menjadi syhubhah. Makanya, jika mampu berdakwah dan kuat hati, teruskan usaha dakwah itu, dan jika tak mampu lebih baik diamkan diri"
"Jika mereka merasakan Ann mampu mengubah hidupnya dengan lebih baik pada masa akan datang, maka mereka boleh undi dia. Jika mereka rasakan Ann hanya menempah tiket hiburan pentas yang dilabelkan maksiat, maka jangan undi"
Saya bertanya pada Yazid, adakah dia mengundi Ann. Jawabnya sambil tersenyum: "Undi itu adalah rahsia"
Saya bukanlah golongan alim yang tahu serba serbi tentang hukum agama. Jika dirasakan mengundi itu bawa kebaikan apa salahnya. Bagi saya, bakat yang ada janganlah disia-siakan. Seharusnya perlu diakui, Ann punyai bakat.
Maka jika anda mahu Ann meneruskan perjuangan sehingga berjaya masuk ke dalam AF9, sila undi beliau. Mungkin bakal cikgu BI ini bakal menjadi cikgu selebriti jika hasratnya itu berjaya.
Bagaimana cara-cara undi? Masuk sahaja ke web: www.akademifantasia.com dan klik pada undia diikuti dengan 'klik saya' pada video Ann-Selangor.
Senang bukan?
"Sang pencinta hati" (penulis hiburan dan rekereasi Dimensi Sanubari)
tepuk dada, tanya iman. jangan mudah menghukum haram pada sesuatu yang belum tentu haram. Jangan hanya melihat satu aspek, dan kemudian terus nialaikan itu adalah salah. Hati-hati bila saudara berbicara mengenai isu yang agak sensitif ini...
ReplyDeleteehem.. encik yg komen.. kt maner anda petik fatwa yg disebut itu?? inginku lihat dalil2 trsebut.. "jgn mudah mghukum sesuatu yg blom tntu haram". sesuatu yg terang benderang amatlah haram, bgaimana dikatakan tidak haram?? mnyanyi dan berjoget menunjukkan susuk tubuh dan suara bkn haram??? suara prempuan itu aurat. sesuatu yang mmg ternyata HARAM. satu undi penentu saham akhirat anda dan si dia. pikir2kan. tepuk dada tnya iman. kta2 yg mmg btol2 ditujukan kpad diri sndiri. btw, kalo nk komen sesuatu yg mmg salah, anda mungkin akan mnyesatkan org lain jgak. justeru menambah saham anda.menghalalkan sesuatu yang haram adlh haram dan dosa besr. kalau nk prthnkn diri ada btasnya. tolong rujuk blik kta2 anda. phm2kan lah sndiri, diri dh besar pnjg.
ReplyDeleteassalam....
ReplyDeletekepada saudara yazid, saya ingin bertanye, daripada manakah saudara dapat pendapat ni?
Jawapan Yazid: "Dalam dunia yang penuh perubahan, adalah sangat sukar melarang seseorang dari melakukan sesuatu yang mungkin menjadi syhubhah. Makanya, jika mampu berdakwah dan kuat hati, teruskan usaha dakwah itu, dan jika tak mampu lebih baik diamkan diri"
"Jika mereka merasakan Ann mampu mengubah hidupnya dengan lebih baik pada masa akan datang, maka mereka boleh undi dia. Jika mereka rasakan Ann hanya menempah tiket hiburan pentas yang dilabelkan maksiat, maka jangan undi"
saya mintak explanation saudara pasal semua ayat di atas... bserta pendapat dari sumber yg dipercayai... saudara, jgn mudah mmberi pendapat yg berkaitan dgn hukum... jgn bg pendapat sesuka hati... kalo x tahu katakan x tahu @ wallahu'alam... maafkan saya.. mgkin enta terase dgn tguran tajam ni... tp mmg saya trkejut... syukran...
saya bersetuju dengan leka... selidik dulu pendapat saudara...
ReplyDeleteleka dan nur:
ReplyDeletekenyatan dlm pos ni dah disalaherti oleh si penulis. saya sebut lain, dia faham lain. sukar, bila hakikat yg dinyatakan jadi kontra dari apa yang dinyatakan. saya sebut positif, terjemahan dia jadi negatif.
Dalam komen pertama saya tadi, apakah maksud menghukum haram pada sesuatu yang bukan haram?
Adakah saya maksudkan pada Akademi Fantasia tadi?
Saya ingin nyatakan pada penulis, jgn simply buat judgement pada diri saya bahawa saya menyokong penuh AF tersebut.
"Menghukum haram" adalah kata-kata berunsur 'sarcastic'(sindiran)kepada si penulis.
tak mengapa, akan saya huraikan dlm blog ini nanti...
saya hidup atas dasar Islam, dan tak mungkin saya akan korbankan hanya disebabkan ingin menyokong sahabat TESL saya...
Sebenarnya kenyataan saudara Yazid itu mempunyai kod yang tersembunyi. Saya sebagai kaum adam dapat merungkai apa sebenar yang Yazid benar-benar cuba sampaikan. Penulis sepatutnya menghuraikan kenyataan Yazid yang cuba menjaga hati dan perasaan.
ReplyDeleteSaya nasihatkan penulis lain kali rahsiakan orang yang ditemu-ramah. Agak keterlaluan di situ..