Pengunjung Budiman

Sunday, 27 February 2011

Kenyataan Yazid Rosly berhubung Isu komennya dalam tulisan"Sang pencinta hati" yang bertajuk: "Ann dan AF9?"

Agak terkejut sebaik saya melihat tulisan ini. Agak terkedu seketika bila saya membaca beberapa komen yang diberikan dalam bicara tersebut. Makanya, saya putuskan, mungkin sebuah kenyataan rasmi dari bicara saya sendiri akan saya persembahkan.

Ingin saya nyatakan terlebih dahulu, segala kenyataan yang dikatakan kononnya datang dari saya telah disalahtafsir oleh si penulis. Saya agak hairan, kerana seingat saya tak pernah dikeluarkan hujah sedemikian.

Benar, saya pernah nyatakan: "Dalam dunia yang penuh perubahan, adalah sangat sukar melarang seseorang dari melakukan sesuatu yang mungkin menjadi syhubhah.  Makanya, jika mampu berdakwah dan kuat hati, teruskan usaha dakwah itu, dan jika tak mampu lebih baik diamkan diri"


Namun adakah saya merujuk kepada Akademi Fantasia?
Tidak sama sekali.


Soalan yang diajukan oleh si penulis muncul apabila si penulis ini bertanya pada saya apakah hukum menyokong dan mengundi Ann dalam AF9?


Maka saya usulkan jawapan tersebut. Namun, proses interpret si penulis mengandaikan bahawa saya bersetuju dengan undian AF, walhal apa yang ingin saya samapaikan ialah, jika tak mampu nak menghalang orang lain dari mengundi dalam AF, maka diam diri adalah yang terbaik. Jika iman kukuh, maka tenaga digunakan untuk menghalang. Namun jika selemah-lemah iman, maka laranglah hanya dalam hati. Itu maksud saya.


Dalam petikan kata-kata saya yang kedua: "Jika mereka merasakan Ann mampu mengubah hidupnya dengan lebih baik pada masa akan datang, maka mereka boleh undi dia. Jika mereka rasakan Ann hanya menempah tiket hiburan pentas yang dilabelkan maksiat, maka jangan undi", ingin saya nyatakan itu adalah kata-kata penyedap hati yang saya lemparkan kepada si penulis supaya tak terasa di hati. Soalnya, mampukah saya huraikan hujah dalam keseriusan jika perbualan itu berbentuk kesantaian dan hanya penuh gurauan sambil saya berjalan nak bergerak ke kuliah?


Hakikatnya semua harus sedar, perbualan berbunyi 'sarcastic' dan perbualan berunsur 'realistic' harus dibezakan. Perbualan 'sarcastic' selalunya bukanlah keluar dari bicara dalam hati saya, tapi satu bentuk sindiran moga si penulis itu faham akan maksud saya, jangan sokong maksiat a.k.a. AF.


Seperkara lagi, kenyataan itu juga dihuraikan dalam situasi saya bercampur dengan beberapa rakan yang bukan Islam. haruskah saya terus menghukum mereka yang bukan Islam dengan menyatakan semua undian AF itu adalah satu kesalahan? Tambah takutlah orang bukan Islam pada agama Islam.


Dalam ayat pertama, "Jika mereka merasakan Ann mampu mengubah hidupnya dengan lebih baik pada masa akan datang, maka mereka boleh undi dia." saya tujukan kepada sahabat-sahabat bukan Islam yang kebetulan bersama saya.


Dalam ayat kedua, " Jika mereka rasakan Ann hanya menempah tiket hiburan pentas yang dilabelkan maksiat, maka jangan undi" saya tujukan buat si Muslimah dan Muslimin.


Dalam komen saya terhadap bicara tersebut yang berbunyi: "Tepuk dada, tanya iman. jangan mudah menghukum haram pada sesuatu yang belum tentu haram. Jangan hanya melihat satu aspek, dan kemudian terus nilaikan itu adalah salah. Hati-hati bila saudara berbicara mengenai isu yang agak sensitif ini..."


Dalam ayat terakhir saya nyatakan bahawa si penulis perlu berhati-hati untuk berbicara. Hakikatnya, dalam soal mendapatkan kenyataan seseorang, si penulis harus berhati-hati. Jangan ambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan kenyataan orang yang dirujuk dan kemudian digunakan untuk menyokong hujah bahawa maksiat itu boleh...


"Tepuk dada, tanya iman. jangan mudah menghukum haram pada sesuatu yang belum tentu haram."


Apakah maksud saya?


Naik motor, adakah haram? Kalau ke masjid, harus. Tapi kalau ke disco, haram.
Menulis, adakah haram? Kalau bawa kebaikan tulisan itu, maka harus. Jika tulisan itu bawa kemungkaran, maka, haram.


'Jangan mudah menghukum saya sebut halal pada sesuatu yang belum tentu halal atau tak...'


Cuba kontrakan ayat tadi menjadi ayat 'sarcastic'....


Bukankah itu satu unsur 'sarcasm' buat si penulis.


Seperti kata-kata seorang sahabat saya, "Hidup perlu berkias, kerana bila berkias baru mesej itu lebih kuat disampaikan..."


Saya keluarkan kenyataan penafian dalam bicara ini...
Benar, di akhir zaman ini, fitnah menjadi perkara yang biasa...


Wallahualam...


p/s: buat si penulis bernama "Sang pencinta hati" lebih baik letakkan jawatan sebagai 'penulis hiburan dan rekereasi Dimensi Sanubari'. Merosakkan blog berilmiah ini saja.  Baik tukar nama jadi "Sang perosak hati"....








-Muhammad Yazid Rosly-

5 comments:

  1. Kalau ini FB saya akan like bahagian Sang Perosak Hati....

    ReplyDelete
  2. Agak panas nampaknya. Sesama blogger pun dah nak bergaduh... (kata-kata sarcastic yang hanya difahami oleh org tertentu sahaja...)

    ReplyDelete
  3. assalam..
    sblum itu saya nk mminta maaf krna comment smalam tlh buatkan saudara terase.. saya terpaksa ddahkan comment jgak bg mngelakkan org lain yg mmbace slh faham dan strusnya mngikut pndapat trsebut jika ade di antra mereka yg tidak selidik lbih lanjut...

    baiklah, wlpn masih ade lg statement yg saya perlu dpatkan explanation saudara, tp xpela... sebab skrg ni dh nmpak pendirian sebenar saudara... mga2 lpas ni xde dh yg slh faham... & x prlu lg kite pnjangkn hal ni...
    ape yg prlu kite sme2 ambik iktibar di sini ialah... benar, cara penyampaian itu prlu divariasikan kerana lain org lain stylenye.. supaya mudah dterima olh org lain.. tp dlm keadaan statement yg brbentuk sindiran @ 'sarcatism'.. perlunya kite mngambil kmgkinan bhawa ssaran itu tidak benar2 mmhami mksud kite... dlm keadaan saudara itu saya fham... tp saya brpendapat prlu terangkan balik pada org lain yg non muslim supaya mreka fham sjelasnye...
    wallahu'alam...
    apa yg baik itu drpada ALLAH SWT dan yg buruk itu drpdNYA jua nmun melalui klemahan saya sndiri...
    akhir kalam, maaf dan syukran...

    ReplyDelete
  4. Yazid Rosly sememangnya suka berkias dlm bicaranya. Jika dilihat dlm perbualannya, maka setiap kata-katanya memang kadangkala berbentuk sindiran.
    Dalam soal penerangan kpd non Muslim, situasi si penulis ini adalah satu situasi yg berlaku dlm keadaan spontan. sukar utk wujud sebuah perbualan serius sewaktu sedang berjalan menuju ke kuliah.

    Saya adalah sahabat rapat Yazid...

    ReplyDelete
  5. nor: memang sepatutnya say terangkan begitu. namun dalam situasi saya dan sahabat2 yang kelam kabut nak ke kuliah, apakah jalan terbaik untuk mengelak salah erti? sedapkan hati mereka yang bukan Muslim. Dalam keadaan begitu, kadang kala kenyataan saya tak begitu serius. Makanya di atas kelemahan itulah, ada pihak yang mengambil kesempatan.

    kenali dulu cara Yazid Rosly. Saya bukan tukang sorak buat si kemaksiatan...

    dan siapa yang bagi komen mewakili Sarjana Suluh Budiman ni? Saya kenal ke orangnya?....hmmm

    ReplyDelete