Pengunjung Budiman

Tuesday, 1 March 2011

Jika anda bukan seorang pelajar tesl: sudut pandang orang bukan bahasa.

Salam perkenalan dan salam sejahtera. sedikit penghargaan buat pencipta platform wadah "Dimensi Sanubari" kerana mengizinkan penulis mencoretkan coretan picisan buat tatapan umum, baik pelajar bahasa mahupun bukan bahasa. (saya sedia maklum pencetus blog ini merupakan orang bahasa, bukan calang-calang orang) dan oleh itu, sebagai salah seorang penyumbang didalam platform ini, saya terpanggil untuk menyuarakan atau berkongsi sedikit sebanyak pendapat atau pemerhatian yang mudah-mudahan bermanfaat.


jika anda seorang bahasa, bagaimana anda melihat dunia luar?

atau jika anda bukan seorang bahasa, bagaimana sebaliknya?

persoalan yang sering timbul amatlah tipikal bagi persekitaran pembelajaran yang rata-ratanya dimonopoli oleh pelajar bukan bahasa, dimana kegagalan mereka untuk menerima bahawa anak bangsa yang sedarah seperti mereka menjadikan bahasa asing sebagai matlamat dan landasan untuk mengejar cita-cita. dan oleh itu, ramai yang mempersetankan kelebihan sekiranya seseorang itu berbahasa asing, dan jumudnya pemikiran mereka membawa kepada persepsi bahawa sang bahasa asing seolah-olah tidak bersemangat kenegaraan. ramai yang memperlekehkan pembahasa asing yang mana pembahasanya adalah anak bangsa tanah air sendiri. kalau anda fikir sedalam yang boleh, siapa sebenarnya yang jumud? siapa yang mindanya tertutup?

saya ingin kongsikan pengalaman bertemu pelbagai ragam yang memperlihatkan persepsi tentang sang bahasa asing. yang pertama:

a: *sewaktu di pesta kolej*saya nampak kan pelajar melayu bahasa I ni kan, lain gaya dia, ada macam berlagak. tengoklah cara awak berpakaian. tu, kawan awak tu, rambut macam artis. you guys are very outgoing eh.

b:*sewaktu didalam kelas* jangan ingat kalau anda dah belajar bahasa I, sebelah kaki awak dah ada di syurga.


a merupakan seorang pelajar bukan bahasa, dan b merupakan seorang pensyarah/bekas peguam lulusan uia.


amat terkejut dengan pernyataan kedua-dua makhluk ALLAH ini. dimana letaknya kami, adakah dinilai dari segi penampilan sahaja, dan yang paling mengejutkan, kami diibaratkan sudah layak masuk ke syurga hanya dengan menguasai bahasa asing, sedangkan pada hemat kami, seseorang peguam, yang menggunakan bahasa I sebagai pelantar pada zaman kuliahnya, sudah masak dengan kepentingan bahasa I ini dalam menjalani arus hidup yang serba moden ini.

bukan itu saja, ramai sang bahasa asing yang menjadi sasaran provokasi murahan didalam kelas yang dimonopoli oleh pelajar bukan bahasa. sekadar peringatan, provokasi murahan akan hanya menampakkan kebodohan diri sendiri. :)

sampai sini dahulu, insyaallah bertemu lagi.
*pembahasa asing*

3 comments:

  1. pandangan serong selalu terjadi. walhal, si penguasa bahasa asing adalah insan yang biasa...sama seperti yang lain...

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tanggapan ini memang biasa berlaku. Kita mengadun emosi apabila membuat komentar. Hasilnya, buruk sangka mungkin akan berlaku.
    Bahasa memang menunjukkan bangsa tetapi kenyataannya bahasa asing hanya kemahiran sahaja.

    Outgoing atau tidak itu soal personaliti, fakulti mana-mana pun ada rockstar.
    Bagaimanapun,Penulis menyentuh isu yang menarik yang mungkin ada benarnya.

    ReplyDelete
  3. budaya menghukum tanpa mendekati mereka yang belajar bahasa asing adalah satu tindakan yang menunjukkan ketidakmatangan dalam pemikiran. Seharusnya, mereka perlu mendekati, dan kemudian barulah buat penilaian.

    don't jude the book by only on its cover...

    ReplyDelete