Pengunjung Budiman

Saturday, 5 March 2011

English Language Conference, Dimensi Sanubari perlukan sukarelawan

English Language Conference kali ke-4 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 8 Mac semakin hampir.  Persiapan giat dijalankan bagi kebanyakan pelajar TESL yang akan menjalankan pameran sepanjang persidangan tersebut berlangsung. Seminar yang bakal berlangsung di bangunan E-Learning aras 5 Universiti Pendidikan Sultan Idris ini akan dihadiri oleh Profesor Rod Ellis yang bakal membincangkan isu "Cabaran dan prospek dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa".

Pihak Dimensi Sanubari ingin mencari beberapa penulis sukarelawan bagi melaporkan setiap perjalanan yang berlaku dalam persidangan tersebut. Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang boleh menjalankan tugas untuk mendapatkan laporan persidangan dua hari tersebut.

Sekiranya berminat, sila e-emel ke:
dimensisanubari@gmail.com

atau terus memaklumkan kepada penulis-penulis Dimensi Sanubari.

Kami mengharapkan bantuan anda. Moga Dimensi Sanubari dapat memberikan laporan kejadian bagi persidangan tersebut.

2 comments:

  1. I'll write an entry here about the conference. Don't worry =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara tuck mun. harap dapat berikan entri yang terbaik.

    ReplyDelete