Pengunjung Budiman

Wednesday, 2 March 2011

Yazid Rosly a.k.a seorang penulis?

Kononnya seorang yang alim bila nyatakan bahawa kenyataan yang saya dipetik adalah salah. Benarkah?

Saya tidak mahu sentuh isu artikel mengenai Ann lagi. Yang lepas biar lepas. Saya tahu, semuanya menyerang saya kerana artikel itu. Niat saya hanyalah mahu promosikan Ann untuk undiannya di AF, tapi golongan-golongan kononnya pro-agama menghentam saya. Moderator blog ini pun turut sama sertai kelab "menghentam sang pencinta hati"

Kalau tak puas hati, komenlah secara tertutup. Jangan suka-suka hati komen sampai mengaibkan orang lain. Adakah itu yang Islam suruh? Aibkan orang?

Bagus sangatkah 'mereka' ini sampai nyatakan semuanya tak betul? Adakah mereka tahu isi hati dia (Ann) yang menertai AF. Salahkah dia sertai AF? Jika dia fikir itu terbaik buatnya, kenapa perlu diberi hukum bahawa itu salah? Hidup ini kita tentukan, maka kita yang akan tanggung kemudiannya.

Satu lagi, bagus sangatkah Yazid Rosly? Ustaz sangatkah dia ni? Baguskah penulisan dia? Ramai sangatkah peminat yang membaca tulisan dia?

Blognya pun meleret-leret panjang, macamlah ada yang nak baca. Tulisan pun berbelit-belit, walhal isi sikit. Penuliskah dia ni?

Kalau setakat pelajar tesl, buat cara pelajar tesl. Jangan berlagak macam budak Bahasa Arab. Tahulah ahli Rakan Surau, tapi perasaan orang lain kenalah juga dijaga.

Tolong hormati pendapat orang lain. Jangan hanya fikir dia sahaja yang betul. Jangan terlalu anggap alim sangat, sampai hati saya ini terguris diperlakukan.

Wujud saya dalam blog ini untuk ceriakan suasana. Saya mahu menjadi blogger hiburan dalam blog ini. Sebab itu saya promosikan Ann untuk undi dia sertai AF. Dengan berani saya nyatakan, saya menyokong penuh Ann atas usahanya masuk ke dalam AF.

Walau apa pun yang dikatakan orang lain, teruskan usaha kamu Ann!!!

**buat 'ustaz', kamu bukan seorang penulis...."

(Sang pencinta hati dan bukannya "sang perosak hati...")

4 comments:

  1. Moderator: Jangan jadikan blog ini sebagai medan kepentingan peribadi. Blog ini untuk kepentingan bersama. Saudara atau mungkin saudari 'sang pencinta hati', tolong mengerti maksud kebebasan bersuara dan pada masa yang sama menjaga sesitiviti orang lain.

    ReplyDelete
  2. "Kalau setakat pelajar tesl, buat cara pelajar tesl." ape pulak maksud kamu di situ?
    adekah dgn menjadi pelajar tesl otomatik dia tak layak bercakap tentang hal agama??
    apa ingat hina dan jahil sgt ke pelajar TESL ni?
    cakap tentang aib tapi kamu sendiri telah mengaibkan saudara Yazid..
    nama kamu tak disebut, identiti kamu tak diketahui tapi nama dan identiti yazid jelas dinyatakan di situ.

    ReplyDelete
  3. lawak pulak bila baca post nie..
    maaf laa ye klau t'guna bahasa yg agak tidak sopan..adakah saudari sang pencinta hati nie knl siapkan saudara Yazid smpi b'kata2 mcm nie??hnya orang buta hati sj sangup b'kata demikian sedangkan orang yg buta mata lbh memahaminya...

    ReplyDelete
  4. Adalah tidak releven kursus yang diambil menjadi penanda aras kepada sikap dan perbuatan kita. Inikah pula pegangan hidup. Walaupun Yazid pelajar TESL tidak bermakna dia mesti mengikut gaya barat sepenuhnya. Kalau itu kenyataan penulis saya menanggap ia hanya kutukan peribadi rekaan sendiri yang berunsur peribadi. Penulis tidak mempunyai jati diri kerana hidup dengan kemegahan atas kursus yang diambil. Sayang sekali.

    ReplyDelete